Selamat datang

Selamat Datang Ke Blog Saya!

Khamis, 1 November 2012

SONGKOK DAN KETAYAP

songkok dan ketayap
dari dulu tetap akrab
tidak dipakai ketika berihram
lakukan juga dikenakan Dam

songkok dan ketayap
dari dulu tetap mesra
seteru jadi tiba tiba
bila dipakai di kepala manusia

songkok dan ketayap
setiap detik doa berharap
agar silaturrahim manusia erat
kerana kita satu kiblat
satu iktikad

Rabu, 31 Oktober 2012

ilmu rasa

Zikir tanpa suara
          Doa tanpa ayat
Diam tanpa leka
          Pejam tanpa lena
Mabuk dalam cinta
          Nikmat sebut nama 

keliru

mana yang atas mana yang bawah
mana yang depan mana yang belakang
mana yang kanan mana yang kiri
jika semua diasah tajam

lagu hidup

tik tik tik bunyi hujan tok tok tok burung belatok kuang kuang kuang katak kembong aku juga yang melopong